07 February 2009

"Naluri Seksual"

Hari ini, aku telah mencipta sebuah lagu namanya, "Naluri Seksual". Tajuk lagu ni mungkin nampak kelucahan dan sedikit taboo, tapi kalau korang dengar, korang mungkin tak nampak satu pun baris ayat menceritakan pasal seks. Lagu ni agak bermakna buat aku sbb satunya, lagu ni ialah lagu balada/slow number pertama yang aku buat. Menggunakan soundfont piano yang aku penat2 cari kat internet, akhirnya aku berjaya menghasilkan sebuah lagu balada yang simple, tetapi sarat mesej.

Lagu ni sebenarnya mengisahkan tentang cinta pasangan LGBT (Lesbian Gay Biseksual Transeksual). OK, mungkin korang fikir nampak macam taboo, tapi lagu ni korang boleh jugak aplikasikan untuk cinta terlarang pasangan straight. Cuma pasangan LGBT lebih sesuai aku rasa. Ceritanya tentang seseorang ni yang terpaksa step up, mungkin berkahwin dengan jantina berlainan dan meninggalkan kekasihnya tu. Lagu ni kira macam suratlah gitu. Apa2 pun, korang boleh layan dengan download/streaming di sini:




Tajuk Lagu: Naluri Seksual
Penyanyi Asal: Muntz
Lagu: Muntz
Lirik: Muntz


Sayang,
Kau dengarkanlah isi hatiku
Mungkin satu hari kebosanan singgah di hatimu
Tiada apa yang dapat dijalinkan daripada hubungan kita
Melainkan hanya kepuasan naluri seksual sahaja

Tiba masa untukku sayang... untukku berubah
Walaupun ku tahu cintamu takkannya takkanlah berubah

Sayang,
Warkah ini kutujukan khas buatmu
Cintaku padamu tak akan... takkan pernah beku
Tak berniat nak berjiwang, tak berniat nak bersayang-sayang
Tapi ini tulus dari hatiku, hatiku yang tenang

Ku tak tahu
Apa yang dibuatku
Ini berdosa pada Tuhanku
Yang pasti
Engkau harus mengerti
Yang aku tetap menyayangi

Untukku sayang... untukku berubah
Walaupun ku tahu cintamu takkannya takkanlah berubah
Dirimu.. sukakanku begini rupanya
Keputusan ini ku rasakan berat rasanya

No comments:

Post a Comment