27 January 2009

"Mari Berasmara"

Haha.. tajuk pun dah sesuatu, jadi haruslah korang akan rasa horny bila dengar lagu ni. Lagu ni ialah versi "dirty" untuk lagu "Mari Bersama". Dirty bukan sebab lirik lagunya. Aku berani jamin lagu ni takder mencarut, tapi disebabkan ada bunyi mendesah, merengus, stim2 gitu.. jadi aku labelkan sebagai "dirty" lah. Tak mungkin akan main kat radio di Malaysia ni, so korang cuma akan dengar lagu ni kat sini sahajok.

Lagu ni sebenarnya menceritakan pasal seseorang ni, dah ada kekasih, tapi masih jugak nak main dengan org lain gituh. Disebabkan kekasih dia ni jauh, jadi dia macam tak kisah nak main dengan orang lain. Open relationship lah gitu. Takder kaitan dengan aku yer.

Lagu ni agak upbeat, dan kali ni aku cuba bermain dengan dram ala2 Brazil gitu. Jadi lagu ni kalau dengar macam ada rentak tango sikit. Cara aku nyanyi pun macam tango. So, enjoy!






Tajuk Lagu: Mari Berasmara
Penyanyi Asal: Muntz
Lagu: Muntz
Lirik: Muntz


Yeah, single ketiga...
Tidak jemu menghiburkan...
Teman-teman... ah.. ekslusif yeah...

(Korus)
Mari bersama (mari bersama).. mari kita berasmara
Berasmara (berasmara).. walaupun sudah berpunya
Mari bersama (bersama).. marilah kita bercinta
Bercinta (bercinta).. sehingga ke maksima

(Verse 1)
Engkau dan aku, (bersatu) di dalam rindu (ah)
Rindu menderu, (kerana) berjauhan (ah)
Sudah berpunya.. (sama-sama) dah berpunya (yeah)
Tapi ku rasa, (melebihi) segala-galanya (oh yeah)

Datang ke rumahku, kan ku tunjukkan caranya
Dekat padaku, oh aku sudah tak tahan (oh yeah)


(Korus)
Mari bersama (mari bersama).. mari kita berasmara
Berasmara (berasmara).. walaupun sudah berpunya
Mari bersama (bersama).. marilah kita bercinta
Bercinta (bercinta).. sehingga ke maksima

(Verse 2)
Kau punya pacar, (aku juga) punya kekasih (ah)
Tidak-tak apa, (kita) bukannya berkasih (ah)
Kau punya di sana, (milikku) jauh di sana (yeah)
Tapi kita sama rasa, (setempat) bersama (ah)

Datang ke rumahku, kan ku tunjukkan caranya
Dekat padaku, oh aku sudah tak tahan (oh ah sudah tak tahan)


(Korus)
Mari bersama (mari bersama).. mari kita berasmara
Berasmara (berasmara).. walaupun sudah berpunya
Mari bersama (bersama).. marilah kita bercinta
Bercinta (bercinta).. sehingga ke maksima

(Bridge)
(Yeah datanglah)
Memanglah janggal, sebab sudah tak biasa (dah tak biasa)
Kita bukannya, bermain kayu tiga (ya?)
Cuma nak bergembira,(bersama) dengan alunan muzik yang dibawa (yeah)
Kau bersamaku di dalam rumahku, kita bersama (bersama)


(Korus)
Mari bersama (mari bersama).. mari kita berasmara

Berasmara (berasmara).. walaupun sudah berpunya

Mari bersama (bersama).. marilah kita bercinta

Bercinta (bercinta).. sehingga ke maksima


Mari bersama, mari bersama
Bersama, berasmara.... yeah!




Aku akan consider lagu ini untuk dimasukkan ke dalam album SEksplorasi.

No comments:

Post a Comment