Lagu ni sebenarnya mengisahkan tentang cinta pasangan LGBT (Lesbian Gay Biseksual Transeksual). OK, mungkin korang fikir nampak macam taboo, tapi lagu ni korang boleh jugak aplikasikan untuk cinta terlarang pasangan straight. Cuma pasangan LGBT lebih sesuai aku rasa. Ceritanya tentang seseorang ni yang terpaksa step up, mungkin berkahwin dengan jantina berlainan dan meninggalkan kekasihnya tu. Lagu ni kira macam suratlah gitu. Apa2 pun, korang boleh layan dengan download/streaming di sini:
Tajuk Lagu: Naluri Seksual
Penyanyi Asal: Muntz
Lagu: Muntz
Lirik: Muntz
Sayang,
Kau dengarkanlah isi hatiku
Mungkin satu hari kebosanan singgah di hatimu
Tiada apa yang dapat dijalinkan daripada hubungan kita
Melainkan hanya kepuasan naluri seksual sahaja
Tiba masa untukku sayang... untukku berubah
Walaupun ku tahu cintamu takkannya takkanlah berubah
Sayang,
Warkah ini kutujukan khas buatmu
Cintaku padamu tak akan... takkan pernah beku
Tak berniat nak berjiwang, tak berniat nak bersayang-sayang
Tapi ini tulus dari hatiku, hatiku yang tenang
Ku tak tahu
Apa yang dibuatku
Ini berdosa pada Tuhanku
Yang pasti
Engkau harus mengerti
Yang aku tetap menyayangi
Untukku sayang... untukku berubah
Walaupun ku tahu cintamu takkannya takkanlah berubah
Dirimu.. sukakanku begini rupanya
Keputusan ini ku rasakan berat rasanya
No comments:
Post a Comment